Apa pun juga kerja yang di lakukan yang penting sumbernya adalah baik dan halal. Kerja merangkumi perbuatan yang dimulai dengan niat dan akal dan seterusnya di lakukan dengan memggunakan anggota fizikal badan.
Melihat kepada kerjaya seorang grab food yang kini kian berkembang di mata masyarakat. Kerjaya ini adakalanya di lakukan oleh mereka secara sepenuh masa atau separuh masa.
Lazimnya setiap kerja sememangnya mempunyai kelebihan masing - masing, dan berikut adalah beberapa kelebihan kerjaya sebagai grab food, antaranya:
- Pendapatan yang diperolehi adalah berpatutan, dimana nilai komisen harian adalah berbaloi dan adakalanya melebih jangkaan.
- Masa bekerja yang fleksible, iaitu sesuka hati untuk memulakan atau menhentikan masa bekerja.
- Memdapat kenalan baharu yang ramai, daripada pelbagai ragam, dan dalam masa yang sama dapat kenal memgenali serta mengukuhkan ikatan ukhwah yang baik.
- Modal yang diperlukan untuk menjadi seorang grab food adalah hanya minimum, iaitu perkara yang diperlukan hanyalah sebuah motosikal dan telefon bimbit.
- Dapat dilakukan secara separuh masa dan dalam masa sama boleh melakukan kerja yang lain, untuk meningkatkan pendapatan belipat ganda.
0 Comments