Kelebihan Kerja Berkumpulan

Kelebihan Kerja Berkumpulan

Kerja adalah satu perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan hasil. Kerja adakalanya dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan.


Kelebihan Kerja Berkumpulan



Lazimnya, bekerja secara berkumpulan adalah lebih bermanfaat berbanding dengan Bekerja secara sendiri. Berikut adalah beberapa kelebihan kerja secara berkumpulan, antaranya adalah;
  • Kerja menjadi ringan
Bekerja secara bekumpulan memberi peluang kepada bebanan yang di hadapi menjadi ringan. Hal ini kerana, ahli - ahli yang lain sama - sama memikul tugas atau kerja yang di lakukan.
  • Keputusan yang baik dapat di muktamadkan
Berkumpulan juga memberi kesan kepada keberkesanan dalam keputusan. Dalam kerti kata lain, bekerja secara bekumpulan dapat memuktamadkan hasil atau keputusan yang baik.
  • Ilmu pengetahuan bertambah
Ahli yang ramai dalam sesuatu kerja yang dilakukan mampu memberi kesan kepada peningkatan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, ahli yang lain, pasti mempunyai cadangan atau buah fikiran yang berbeza - beza.
  • Saksi dan bukti
Bekerja secara bekumpulan juga memberi kesan baik kepada adanya saksi dan bukti terhadap sesuatu kerja yang di lakukan dan dihasilkan. Perkara lebiih bertambah utuh dengan adanya orang lain yang menyaksikannya.

Post a Comment

0 Comments