Pengurusan Kewangan Bijak

Pengurusan Kewangan Bijak

Pengurusan kewangan adalah sangat penting demi mengelakkan daripada keperitan terhadap keperluan hidup seharian dan juga keberhutangan yang melampau. Kebijaksanaan serta adanya ilmu pengetahuan di dada adalah sangat penting sebagai penduan dalam mengurus kewangan dengan lebih berkesan. 

Pengurusan Kewangan Bijak



Berikut adalah beberapa tips pengurusan kewangan dengan baik, antaranya adalah sepeti berikut: 

  • Kenal pasti jumlah keseluruhan pendapatan bulanan
Sumber pendapatan adalah sangat penting bagi mengetahui jumlah sebenar pendapatan kasar dalam sebulan. Umumnya pendapatan adalah datang atau diperolehi daripada dua bahagian iaitu pendapatan aktif dan pendapatan pasif 
  • Kenal pasti jumlah perbelanjaan harian
Langkah seterusnya kenal pasti jumlah perbelanjaan harian agar jumlah yang ditetapkan mencukupi hingga ke hujung bulanya seterusnya. Hal ini sangat penting bagi mengelakkan daripada pembaziran
  • Kenal pasti perbelanjaan yang tetap dan bukan tetap
Mengenalpasti jumlah perbelanjaan dalam sebulan adalah sangat penting agar jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi jumlah pendapatan. Selaraskan jumlah perbelanjaan mengikut keutamaan berbanding keperluan
  • Didik diri untuk menyimpan walaupun jumlahnya sedikit
Amalkan sifat menyimpan dalan perbankan yang sah, walaupun jumlahnya sedikit namun jika di amalkan sudah pasti nilainya akan bertambah satu hari nanti. Simpanan secara berterusan secara tidak langsung menambah pendapatan pasif dan meringankan bebanan di satu hari kelak

Post a Comment

0 Comments