Aktiviti hiking merupakan salah satu aktiviti sukan yang kini semakin hangat permintaanya di kalangan masyarakat. Aktiviti ini dilakukan samaada secara berkumpulan atau bersendirian.
Manfaat Aktiviti Hiking |
Lazimnya terdapat banyak manfaat kebaikan apabila melakukan aktiviti hiking, antaranya adalah seperti berikut;
- Menenangkan mental dan emosi
Tekanan adalah lumrah yang dihadapi atau dialami oleh semua insan. Oleh itu terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah tekanan, dan selain daripada mendekatkan diri kepada pencipta Allah SWT, aktiviti riadah seperti hiking juga mampu mennangkan emosi dan perasaan. Kegembiraan akan terserla pada wajah apabila semangat kental menyelubungi diri untuk melakukan aktiviti hiking
- Mengeratkan ikatan silaturrahim
Aktiviti hiking juga mampu mengeratkan ikatan silaturrahim sesama insan, apabila ianya dilakukan secara berkumpulan. Dalam pada masa sama, ia juga mempu merapatkan persaudaraan dengan rakan - rakan lain yang baru dikenali semasa melakukan aktiviti hiking
- Melauskan pengetahuan dan pendangan
Aktiviti hiking yang dilakukan juga mampu menambah pengetahuan serta pengalaman dalam apa juga perkara, samaada isu semasa atau yang lainnya. Dalam pada itu para penghiking juga dapat menambah pengetahuan baharu khususnya pada lokasi hiking baharu yang penih dengan cabaran dan dugaan. Kepuasan pastinya akan dirasai dengan penuh keseronokan
- Kesihatan anggota badan
Bersukan seperti aktiviti hiking mampu memberi kesihatan yang baik kepada anggota badan, khususnya fizikal dan mental. Kekuatan otot badan akan dirasai ketika sedang mendaki menuju ke puncak bukit yang hendak di tuju. Lazimnya anggota badan akan menjadi ringan, cergas dan kuat serta pantas untuk bertindak terhadap apa juga perkara yang dilakukan
0 Comments