Hari jumaat adalah penghulu segala hari dan ia juga adalah hari yang paling mulia berbanding hari - hari yang lain.
Di hari jumaat, sudah pasti ketenangan rohani dan jasmani akan dirasai dengan lebih mulia, aman dan bahagia. Banyak perkara - perkara yang berlaku suatu ketika dahulu memberi panduan kehidupan khususnya hingga ke hari ini.
Justeru itu, di hari jumaat juga semua ummat islam akan berkumpul di masjid untuk mendengat khutbah jumaat dan seterusnya menunaikan solat jumaat secara berjemaah.
Selain itu, pada hari jumaat juga kitab suci al -quran yang syumul (lengkap) diturunkan ke muka bumi sebagai panduan hidup yang sempurna kepada seluruh ummat. Sabda Rasulullah saw, barang siapa mengikuti sunnah ku, necaya mereka tidak akan sesat.
Oleh yang demikian, marilah kita bersatu hati dengan meningkatkan amal ibadah serta melakukan hal - hal kebaikan dan meninggalkan perkara yang dilarang dengan lebih bersungguh. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang - orang yang baik dan seterusnya mendapat ganjaran syurga, aamin ya rabbal alamin.
0 Comments