Ukhwah, adalah satu jalinan padu yang dibentuk dengan baik dan mengandungi unsur - unsur positif seperti kasih sayang.
Menurut Dr. Abdullah Nashih Ulwan, Ukhwah Islamiyah adalah ikatan kejiwaan yang melahirkan perasaan mendalam dengan kelembutan, cinta dan sikap hormat kepada setiap orang yang sama-sama diikat dengan akidah Islamiyah, iman dan takwa. Berdasarkan pengertian tersebut, dapatlah difahami bahawa ukhwah adalah sebuah kekuatan Iman yang dapat menumbuhkan perasaan kasih cinta dan sayang, hormat-menghormati yang dikurniakan Allah SWT kepada hambaNya yang beriman dengan tujuan untuk mendapatkan mardhatillah. Dengan terbinanya ukhwah yang suci ini, maka akan lahirlah sikap tolong-menolong, saling faham-memahami, tidak mementingkan diri sendiri serta tidak menzalimi harta mahupun kehormatan orang lain.
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Definisi Ukhwah |
Perumpamaan kaum mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi, seumpama tubuh, jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam. mks.
Oleh yang demikian, marilah kita tingkatkan jalinan ukhwah antara kita sesama ummah agar kehidupan harian harmoni dapat dikecapi dengan lebih mantap.
0 Comments