Membeli belah atau erti kata lainnya berbelanja adalah satu perbuatan yang di lakukan secara fizikal untuk membeli dan mendapatkan barang dari kedai atau supermarket untuk kegunaan isi rumah dan juga peribadi.
Perbuatan beli belah boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan. Lazimnya, membeli belah haruslah dilakukan secara bijaksana bagi mengelakkan pembaziran. Berikut adalah beberapa tip bila membeli belah, antaranya;
- Semak maklumat dan harga barang
- Teliti tarikh luput pada label
- Pastikan harga bayaran di kaunter sama seperti yang dipamer di rak jualan
- Layak mendapat harga terendah jika berlaku dua perbezaan harga
- Dapatkan resit bayaran
- Tuntut ganti rugi jika berlaku kerosakan barang
Tip Apabila Membeli Belah |
Lanjutan daripada itu, marilah kita tingkatkan bersama kepekaan terhadap maklumat barang - barang yang hendak di beli. Periksa dengan teliti dahulu sebelum membawanya ke kaunter bayaran.
0 Comments