Feri adalah salah satu pengangkutan air iaitu sungai atau untuk memunggah barang - barang dari satu kawasan ke kawasan lainnya.
Saiz feri dan tujuan adalah berbeza - beza memgikut keperluan penggunaannya, samaada untuk memgangkut barang - barang atau hanya untuk penumpang.
Justeru daripada itu feri Menumbok ke Labuan dan sebaliknya adalah salah satu feri yang menyediakan khidmat selesa dan selamat. Feri yang bersaiz besar di gunakan seperti goodwill star, putrajaya 1, joy star, dan kimanis 1.
Lazimnya, terdapat banyak kelebihan menaiki feri berkenaan, dari Menumbok ke Labuan dan Labuan ke Menumbok antaranya:
- Selesa
Saiz feri yang besar dan boleh mengangkut kemderaan dan penumpang sekaligus, memberi kepuasan kepada para masyarakat di dua kawasan berkenaan. Keselesaan juga dapat dirasai kerana ruangan kapal yang besar dan luas. Dalam feri juga disediakan tempat duduk berhawa dingin bagi keselesaan para penumpang. Para penumpang juga boleh menikmati juadah ringan, kerana di dalam feri berkenaan turun di sediakan gerai maakanan dan minuman.
- Keselamatan
Keselamatan juga dapat di rasai, kerana feri juga di selenggara oleh kakitangan yang berpengalaman dan berpengetahuan. Kemudahan lain seperti jaket pelampung keselamatan dan perahu kecil ada tersedia.
- Menikmati panorama sekeliling
Menaiki feri untuk perjalanan dari Munombok ke Labuan, bukan sahaja menyeronokkan malahan ia juga menyajikan pemandangan atau panorama indah di sekelilingnya. Pulau Labuan dapat dilihat dari arah laut, dan begitu juga untuk benuh Sabah.
0 Comments