Nikmat diwaktu subuh adalah lebih banyak kerana di waktu berkenaan terbukanya pintu rezeki rahmat dan berkat.
Waktu subuh adalah permulakan kepada pencarian rezeki, dan adalah tidak elok menyambung tidur semula, apabila telah selesai solat fardhu subuh tidur, sebaiknya haruslah melakukan kerja - kerja harian.
Dalam masa sama adalah sangat baik apabila melakukan sesuatu kerja memulakannya dengan bacaan doa agar sesuatu perkara yang dilakukan dipermudahkan serta mendapat rahmat berkat Allah SWT.
Di waktu subuh adalah ibarat terbukanya pintu rumah yang mana didalamnya pelbagai harga, dan hanya bergantung kepada diri sendiri untuk berusaha menerokainya.
Justeru itu, semoga para sahabat sentiasa proaktif, dipermudahkan urusan demi mencari rezeki yang baik selepas selesai menunaikan solat fardhu subuh.
0 Comments