Berdoalah sentiasa apabila selesai memberikan salam semasa solat.
Dikongsikan antara adab - adab berdoa dalam solat adalah seperti berikut;
Adab pertama
- Apabila berdoa ada baiknya mengadap kiblat dengan sopan
Adab kedua
- Mengangkat kedua-dua belah tangan sebagai tanda kesungguhan meminta dan bersyukur
Adab ketiga
- Memulakan bacaan doa dengan pujian - pujian kepada Allah SWT dan kemudian mengucapkan Selawat dan Salam kepada junjungan Rasulullah SAW
Adab keempat
- Meletakkn niat dan fikiran dengan sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT
Adab kelima
- Tidak tergesa - gesa semasa dan selepas membaca doa
Adab keenam
- Membersihkan jiwa dan akal fikiran dari sebarang kekotoran dan dosa
Adab ketujuh
- Meletakkan keyakin yang tinggi kepada Allah SWT akan mengkabulkan doa terbaik yang dipinta
Adab kelapan
- Berdoa dengan suara yang mendayu, jelas dan meminta - minta tanda kesungguhan serta tidak kasar
Adab kesembilan
- Langsung tidak berdoa dengan meminta perkara - perkara keburukan untuk orang lain
0 Comments