Fenomena jerebu boleh dikatakan pencemaran udara yabg melanda disebabkan pembakaran hutan atau sesuatu kawasan secara berleluasa dan tidak terkawal.
Ikuti juga artikal di bawah tentang kesan pembakaran hutan.
Selain daripada membawa kepada kesan buruk sesebuah negara. Pembakaran hutan juga menjejaskan ekosistem flora dan fauna.
Dalam pada itu juga, kesihatan perlu di jaga dengan baik bila cuaca berjerebu. Berikut adalah beberapa tips bila keadaan cuaca berjerebu, antaranya;
- Perbanyakkan minum air kosong panas atau suam
Semasa cuaca berjerebu, ada baiknya perbanyakkan minum air suam atau panas agar kesihatan anggota badan lebih stabil. Cuaca berasap boleh menyebabkan saluran pernafasan kering dan adakalanya batuk.
- Elakkan kerap keluar rumah tanpa sebarang tujuan
Cuaca berjerebu, ada baiknya elakkan diri daripada keluar rumah secara kerap tanpa sebarang tujuan yang tidak menentu. Perbanyakkan duduk di rumah dan jaga kebersihan serta kesihatan kendiri.
- Pakai pelitup mulut dan hidung apabila keluar rumah
Ketika berkeperluan keluar rumah, pakai pelitup mulut dan hidung sentiasa. Demi penjagaan kendiri elakkan bergaul atau bersosial secara rapat di kalangan yang lain, jaga penjarakkan sosial dengan baik, dan jangan bersembang dengan tempoh masa yang lama.
- Makan makanan yang seimbang dengan baik
Penjagaan sumber makan juga adalah sangat penting untuk kesihatan dan kecerdasan anggota badan. Pemakanan seimbang yang mengandungi karbohidrat, protien, vitamin dan lain - lain adalah sangat penting, agar antibodi dalaman anggota badan sentiasa cergas dan kuat. Dalam pada masa sama, tempoh pemakanan juga perlu di jaga agar badan tidak lemah atau tidak bermaya.
0 Comments