Kemurungan adalah salah satu penyakit yang terjadi disebabkan oleh faktor persekitaran, sejarah lampau dan juga tekanan.
Kemurungan boleh membawa kepada kesan negatif jika tidak di tangani secara bijaksana dan damai.
Langkah Mencegah Kemurungan |
Justeru ini, terdapat banyak langkah yang boleh diambil bagi mencegah kemurungan, antaranya adalah;
- Bersosial secara sihat
Bergaul dengan rakan - rakan melalui aktiviti sosial secara sihat adalah sangat bagus dan membantu kepada kemurungan.
- Berfikiran secara bijaksana dan positif
Kemurungan juga dapat di cegah jika akal fikiran di gunakan secara bijaksana dan positif ke atas pelbagai perkara. Keupayaan menaakul sesuatu perkara tidak kira baik atau buruk dengan baik mampu menyumbang kepada gaya hidup sihat dengan lebih harmoni.
- Memperbanyakkan membaca atau meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek
Budaya membaca sememangnya memberi impak positif kepada peningkatan ilmu pengetahuan. Ia bukan sahaja menjadi insan berilmu, malahan otak akan mencari proaktif dalam mentafsir sesuatu perkara dengan baik. Hal ini berlaku, secara tidak pangsung membantu kepada pertumbuhan otak yang baik dan seterusnya mengelak daripada gejala kemurungan.
- Meningkatkan amal ibadah jariah dari masa ke semasa
Kemurungan juga dapat di atasi atau dicegah dengan baik apabila kalbu di hati sentiasa mendekatkan diri kepada maha pencipta Allah SWT. Keimanan yang teguh dengan melakukan perkara - perkara kebaikan dan menghindari kejahatan adalah sangat baik, dan seterusnya melahirkan insan yang beriman.
0 Comments