Kumpulan Nasyid Tempatan

Kumpulan Nasyid Tempatan

Lagu - lagu nasyid yang sememangnya mendapat sambutan di hati masyarakat ramai. Lirik dan alunan lagu yang banyak berunsurkan nasihat, pedoman dan keagamaan memberi banyak panduan kebaikan kepada semua. 

Lazimnya, ramai penyanyi - penyanyi serta kumpulan nasyid yang di tubuhkan demi merealisasikan atau mempelbagaikan lagi seni muzik tanah air, dan dalam masa sama mesej yang di sampaikan adalah sinonim dengan jiwa masyarakat.



Kumpulan nasyid tempatan, antaranya adalah berikut;
  • Kumpulan nasyid rabbani
  • Kumpulan nasyid hijjaz
  • Kumpulan nasyid saujana
  • Kumpulan nasyid al - faradis
  • Kumpulan nasyid al - amin
  • Kumpulan nasyid al - manna
  • Kumpulan nasyid al - mawlid
  • Kumpulan nasyid assaufee
  • Kumpulan nasyid all for ummah
  • Kumpulan nasyid brothers 
  • Kumpulan nasyid diwani
  • Kumpulan nasyid nurani
  • Kumpulan nasyid in-team
  • Kumpulan nasyid iman
  • Kumpulan nasyid mustika
  • Kumpulan nasyid raihan
  • Kumpulan nasyid unic
  • Kumpulan nasyid soleha
  • Kumpulan nasyid suara firdaus


Kumpulan Nasyid Tempatan



Imbasan serba sedikit berdasarkan dari sumber sg.news tentang zaman kegemilangan para kumpulan nasyid di pesada muzik tanah air, antaranya;


In-Team

Muncul pada tahun 1998, kumpulan nasyid yang dianggotai oleh empat orang anak muda ini pernah menjadi kegilaan golongan hawa terutamanya kaum remaja suatu ketika dahulu. Di awal pembabitan mereka di dalam industri muzik, In-Team terdiri daripada Syah, Amin, Hisyam dan Suhaimi. Selepas pengunduran Suhaimi, kini mereka kekal bertiga. Di antara lagu popular mereka adalah "Kasih Kekasih", "Impian Kasih", "Damba Kasih" dan banyak lagi.


Hijjaz

Menampilkan irama nasyid kontemporari, kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang iaitu Munif, Isman, Faizal dan Ariffin serta Allahyarham Salleh merupakan di antara 4 orang ahli terawal mereka di zaman awal kemunculan kumpulan nasyid ini. Muncul dengan album pertama mereka pada tahun 1997 dan kesemua daripada mereka permah menganggotai kumpulan Nada Murni lebih daripada 10 tahun. Di antara lagu mereka yang popular adalah "Cahaya Ilahi", "Sumayyah", "Pelita Hidup" dan "Rindu". Kini kumpulan Hijjaz melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan selain masih aktif mengadakan persembahan di bawah syarikat milik mereka Hijjaz Music Entertainment

Post a Comment

0 Comments