Aktiviti Bakar Ikan Dan Kelebihanya

Aktiviti Bakar Ikan Dan Kelebihanya

Aktiviti bakar ikan untuk santapan makan malam adalah satu kegiatan yang tidak asing buat mansyarakat di negara ini, khususnya mereka yang tinggal di kawasan rumah perkampungan.

Dengan halaman rumah yang luas dan selesa, ia memberi keselesaan dan kepuasan tinggi dalam menikmati ikan dan udang yang di bakar.

Antara ikan dan udang yang di bakar adalah;

  • Udang
  • Ikan putih
  • Ikan andaman / ikan mata besar
  • Ikan kresek



Aktiviti Bakar Ikan Dan Kelebihanya


Dalam pada itu, ikan yang lain juga boleh di bakar, seperti ikan pari, ikan senangen, ikan kuacek dan lain - lain lagi mengikut citarasa dan selesa masing - masing.


Kelebihan aktiviti membakar ikan

  • Mengeratkan ikatan siraturrahim persaudaraan di kalangan rakan taulan atau sanak keluarga
  • Menambahkan atau mempelbagaikan hidangan makanan
  • Menambah aroma citarasa makanan
  • Mengisi masa lapang yang terluang, serta mengelak pembaziran

Membakar ikan juga pada hari ini merupakan salah satu perniagaan sampingan yang boleh di lakukan di tepi - tepi restoran atau kawasan yang di rasakan strategik. Kebolehan serta kepakaran membakar adalah satu kelebihan yang baik untuk menarik lebih ramai pengunjung atau pembeli.

Perencah seperi kunyit, halia, lada adalah antara ramuan tradisional yang menaikan aroma ikan bakar. Dalam pada masa sama, ia juga menghangatkan citarasa aroma memakannya, apatalagi di tambah perencah lada / sambal lada.


Post a Comment

0 Comments