Kemurungan adalah salah satu penyakit yang terjadi disebabkan beberapa faktor, antaranya adalah seperti berikut:
- Memendam sesuatu perkara
Sifat memendam sesuatu perkara dalam mental dan fizikal boleh mengundang kesan negatif pada anggota badan, seperti kemurungan, kemerosotan anggota badan dan ketidak aktifan kepada kegiatan sosial.
- Masalah kekeluargaan
Masalah keluarga seperti pergaduhan atau pertengkaran juga boleh menyumbang kepada punca kemurungan. Masalah yabg tidak di atasi dengan bijaksana mampu membawa kepada pprak peranda sesebuah institusi kekeluargaan dan penyesalan, sehinggakan membawa kepada kemurungan.
- Buli
Buli juga adalah penyumbang kepada kemurungan. Hal ini kerana mangsa buli akan bertindak ketakutan dan tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara yang di ingini kerana khuatir mendapat ejekan atau tindasan yang negatif
Cara mengatasi masalah atau punca kemurungan dengan berkesan, antaranya adalah berikut:
- Letakkan diri pada paksi seimbang
Langkah bijaksana perlu di ambil dengan meletakkan diri pada paksi seimbang, iaitu menerima perkara positif atau negatif dengan rasa terbuka dan gembira. Mengangap perkara berkenaan adalah kemenangan dan semangat untuk maju dan terus maju ke hadapan, dengan beroleh kejayaan.
- Bersosial secara sihat
Amalkan cara sosial secara sihat dengan mengekalkan ikatan silaturrahim sesama insan dengan lebih harmoni. Elakkan daripada melakukan perkara negatif samaada menerusi lisan atau fizikal
- Doa
Tingkatkan solat dan doa kepada Ilahi semoga di jauhkan daripada kemurungan. Berdoa agar segala urusan dipermudahkan dengan baik dan sentiasa mendapat keberkatanya.
- Motivasi
Dapatkam nasihat orang lain atau motivasi bagi meningkatkan semangat agar menjadi insan yang hebat. Dalam masa sama, perkara atau masalah dapat dikongsi dan diluahkan dengan orang yang boleh dipercayai, hal sedemikian penting agar perasaan menjadi tenang, longgar atau lapar dan seterusnya membawa kebada kegembiraan mental fizikal.
0 Comments