Kesihatan anggota badan mental dan fizikal adalah sangat penting agar struktur badan sentiasa berada dalam kesihatan seimbang atau baik.
Selain daripada pengambilan suplement, kesihatan juga boleh di jaga secara semulajadi melalui pelbagai cara.
Pernahkah anda melihat atau mendengar usia seseorang yang mampu menjangkau ratusan tahun. Apakah petua yang mereka gunakan, dan sudah tentu menjadi keinginan setiap insan.
Petua hidup lebih sihat boleh di amalkan dengan lebih bijaksana seperti berikut;
- Pemakanan sihat
Pemakanan sihat, dengan memulakan doa sebelum makan dan minum adalah sangat penting dan ia juga sunnah. Selain mendapat pahala keberkatan, ia juga melancarkan proses pemakanan dengan baik.
- Aktiviti sosial secara sihat
Melakukan aktiviti sosial secara sihat adalah sangat penting kerana membantu ikatan silaturrahim dengan harmoni. Pergaulan yang baik dengan bertegur sapa serta meluahkan kata - kata indah mampu meningkatkan kesihatan mental dan fizikal dengan lebih jitu.
- Jangan memendam sesuatu perkara
Petua seterusnya adalah jangan atau elakkan memendam sesuatu perkara dalam minda dan hati. Perkara atau isu haruslah di luahkan atau dikongsikan atau diceritakan kepada orang lain yang boleh dipercayai atau di yakini. Dalam masa sama, ia juga boleh di lontarkan secara pergaulan sihat tanpa menyentu hati dan perasaan yang boleh mengundang kepada negatif.
- Aktiviti sukan
Aktiviti luar seperti bersukan adalah penting agar anggota fizikal dan mental badan aktif sentiasa dengan pergerakan dan pemikiran. Sukan seperti berjoging, basikal, berjalan dan lain - lain lagi mampu melancarkan aliran darah dalam badan dengan sihat dan lancar. Dalam pada itu, dengan melakukan aktivi sukan, udara segar dapat dinikmati dan juga menyumbang kepada wujudnya silaturrahim di kalangan yang lain.
- Letakkan dan tanamkan diri dalam paksi positif
Petua seterusnya adalah agar sentiasa kekal sihat dengan meletakkan diri (fikiran dan tingkalaku) pada paksi yang positif. Tindakan sedemikian bukan sahaja mampu mendorong kepada terbentuknya sifat yang baik, malahan ia juga menghindari diri daripada penyakit seperti dengki, iri hati, kemurungan dan sebagainya. Sifat sentiasa terbuka meningkatkan lagi diri ke tahap yang lebih bijak pandai.
0 Comments