Perayaan tahun baru cina tahun 2022 di sambut pada tarikh 01 dan 02 Februari 2022, dalam situasi norma baharu, iaitu dengan sentiasa mengikuti arahan - arahan yang telah di tetapkan.
Lazimnya dalam situasi norma baharu ini, kesemua jenis perayaan adalah tidak semeriah dahulu. Walaubagaimanapun, ia tetap di rayakan atau disambut dengan sederhana bersama keluarga masing - masing dalam satu rumah yang sama.
Justeru itu juga dan dengan kemudahan peralatan digital yang ada, ucapan demi ucapan kegembiraan boleh di sampaikan secara video call.
Lanjutan daripada itu, dan kebiasaanya persiapan masing - masing isi rumah akan dilakukan oleh mereka yang merayakan perayaan ini, bagi tujuan merasai suasana perayaan walaupun hanya dirumah masing - masing dan mengikut arahan - arahan yang ditetapkan. Berikut adalah beberapa persiapan - persiapan sendiri atau sesebuah keluarga apabila hendak menyambut perayaan tahun baru cina;
- Membersihkan rumah sendiri atau masing - masing daripada segala kekotoran agar dalam dan luar rumah kelihatan lebih ceria.
- Membeli dan memasang lampu kelip - kelip dan akan memasangnya di halaman runah agar kelihatan lebih bersinar.
- Membeli pakaian baharu berwarna merah untuk seisi keluarga, dan dipakai di hari perayaan berkenaan.
- Membeli barang - barang keperluan makanan dan minuman awal untuk persediaan apabila tibanya hari dan tarikh perayaan
- Mengadakan makan besar sekeluarga di rumah di meja bulat rumah masing - masing
- Melawat saudara mara khususnya orang tua
- Menyediakan dan memberi ampau kepada anak - anak atau sanak keluarga yang datang beraya sempena tahun baru cina
- Membersihkan diri daripada segala permasalahan dan bebanan hutang piutang, agar mendapat keberkatan semasa hari perayaan.
0 Comments