Kesihatan anggota badan adalah sangat penting agar mental fizikal kelihatan sihat, cergas dan proaktif dalam melakukan apa juga perkara samaada duniawi dan ukhrawi.
Penjagaan badan, bukan sahaja melibatkan penggunaan suplement malahan ia juga di dorong oleh unsur - unsus lain. Oleh itu, berikut adalah lima tip utama yang boleh dilakukan agar anggota badan kelihatan lebih unggul, antaranya;
- Gerakan badan setiap hari, samaada berjalan, berlari atau melakukan aktiviti seharian (masak, bertukang, bercucuk tanam dan lain - lain). Elakkan gemar tidur dan makan
- Aktifkan otak dengan memperbanyakkan membaca serta menaakul sesuatu perkara atau isu. Banyakkan berbicara dengan orang lain, juga mendorong otak menjadi lebih aktif dan pintar
- Penjagaan makanan, iaitu makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Baca doa sebelum makan, ia mampu membantu sistem pencernaan makanan dalam badan dengan baik. Amalan diet boleh di lakukan, namun haruslah dengan bijak dan elakkan sehingga membinasakan anggota badan
- Minum air secukupnya, pengambilan air seharian adalah sangat bagus, agar kandungan air dalam badan menjadi seimbang.
- Makan pada masa yang tepat, baca doa sebelum dan selepas makan. Dalam masa sama, rehatkan anggota badan dengan baik dan selesa bagi mengelakkan lesu atau tidak bermaya.
👉 Doa Sebelum Dan Selepas Makan
Lakukan Ini Agar Berat Badan Lebih Unggul |
Tindakan yang bijak dengan akal fikiran yang positif dan di susuli dengan doa setiap masa kepada Ilahi, mampu membuatkan seseorang kelihatan tenang dan berjaya walaupun di selubungi pelbagai masaalah.
0 Comments