Doa adalah satu perbuatan yang di lakukan dengan menada tangan untuk memohon daripada Allah SWT tentabg sesuatu yang di niatkan dalam hati dan di lafazkan menerusi lidah dan mulut.
Tahukah anda dengan berdoa, jiwa sentiasa berada dalam keadaan yang tenang. Doa bukan saja untuk kegunaan sendiri, malahan ia adalah senjah ampuh yang berbisa untuk melawan musuh atau mensejahterakan yang lain.
Oleh yang demikian, jika inginkan sesuatu, maka rajinlah berdoa untuk sendiri dan juga untuk orang lain. Lazimnya, doa yang di tujukan kepada orang lain, akan berbalik juga lepada diri sendiri. Oleh itu, ungkapkanlah doa yang baik - baik.
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Renungan bersama, janglah kita merasa malas berdoa. Saidina Umar pernah berkata: “Aku tidak rasa bimbang akan penolakan Allah terhadap doa insan, namun yang aku bimbang insan itu tidak diberikan ilham untuk berdoa. Insan itu apabila Allah ilhamkan untuk meminta sesuatu, maka Allah sebenarnya telah menyertakan bersama permintaan itu kemustajaban.”
0 Comments