Doa Bila Rasa Tidak Sedap Hati

Doa Bila Rasa Tidak Sedap Hati

Doa yang sepeti kita tahu semua di mana ia merupakan satu senjata halus yang tajam dan berbisa.

Khasiatnya di rasai dan dinikmati tanpa di duga. Keajaiban doa adalah diluar taakulan manusia.

Oleh yang demikian, tadalah tangan dengan sentiasa memohon doa kepada Allah SWT sebelum memulakan sesuatu perkara, selepas solat atau pada bila - bila sahaja.

Doa secara afdalnya diungkapkan dalam bahasa arab, namun ia juga boleh di lafazkan menggunakan bahasa yang diketahui, sesungguhnya Allah SWT maha penyayang lagi mengasihani.

Lanjutan daripada itu, pernahkah anda merasa was - was, curiga atau erti kata lainnya tidak sedap hati, tentu pernah bukan?. Oleh itu jika anda berhadapan dengan situasi sedemikian maka bacalah doa berikut;



Doa Bila Rasa Tidak Sedap Hati


Terjemahannya:

Cukuplah Allah SWT yang memeliharaku dan sebaik - baik wakil, sebaik - baik pemberian pertolongan. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah SWT yang maha tinggi lagi maha agung.

Ingatan, bacalah doa ini berulang - ulang kali, insha Allah, Allah akan hindarkan dari segala merbahaya dan bala.



Tindakan fizikal ketika merasa tidak sedap hati atau was - was.

  • Duduk dan tenangkan mental dan fizikal, agar otak dapat menaakul perkara yang di fikirkan dengan baik dan bijaksana
  • Minum segela air suam agar diri rasa tenteram dan muda membuat tindakan
  • Menghubungi sanak keluarga dengan kemudahan digital yang ada agar mendapat jawapan pantas
  • Letakkan minta sentiasa pada paksi seimbang iaitu positif (bersangka baik) dan dalam masa sama berhati - hati serta berdoa pada Ilahi agar sentiasa di permudahkan urusan, rezeki, dijauhkan bala bencana.

Lanjutan daripada itu, semoga kita semua berada dalam situasi kehidupan yang ceria harmoni dan dijauhkan daripada perasaan tidak sedap hati. Semoga juga harian kita sentiasa dalam lindungan Ilahi dan terhindar dari segala mara merbahaya serta bala bencana.

Post a Comment

0 Comments