Tarikan Restoran Jamal Salim Naan House Sempelang

Tarikan Restoran Jamal Salim Naan House Sempelang

Restoran jamal salim naan house sempelang, Sembulan merupakan salah satu restoran yang sering dikunjungi ramai untuk menikmati sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam bersama sanak keluarga, atau rakan rakan.

Restoran terletak di taman perumahan sepelang dan berdekatan dengan apartment grace court. Kedudukan di tepi jalan sangat mudah di cari dan di temui oleh pengunjung atau orang ramai. 

Kemudahan parking kenderaan yang banyak dan selesa, menarik lagi ramai pengunjung untuk menikmati juadah di restoran ini.


Tarikan Restoran Jamal Salim Naan House Sempelang



Selain daripada menu utamanya iaitu lebih kepada bahan roti, sepeti roti canai, roti nan, roti chese susu, dan lain makanan tradisi, terdapat juadah lain yang menyelerakan seperti mee goreng, mertabak ayam, soto, sup dan lain - lain lagi. 

Kawasannya yang bersih dan luas serta selesa semasa menikmati makanan dan minuman bersama sanak keluarga, juga menjadi tarikan pengunjung untuk datang ke restoran berkenaan. 


Dalam pada itu juga, pekerjanya yang baik hati dan peramah membuatkan para pengunjung terasa senang hati dan gembira semasa membuat tempatan dan menikmati makan dan minum.

Lantaran daripada itu, tidak rugi jika tidak singgah menikmati santai di restoran jamal salim naan house sempelang, sembulan.

Post a Comment

0 Comments