Petua Masak Nasi Agar Sedap Rasanya

Petua Masak Nasi Agar Sedap Rasanya

Panggilan nasi adalah bermula daripada beras yang telah di masak. Manakala panggilan beras adalah berasal daripada padi yang telah dituai dari ladang dan di proses.

Kepandaian seseorang memasak nasi adalah sangat beruntung kerana membantu ekonomi dirinya serta keluarga kepada penjimatan.

Lazimnya tidak semua insan di muka bumi ini tahu akan memasak nasi yang mana rasanya sedap dan menyelerakan. Namun demikian jika dipelajari sudah pasti akan membuahkan hasil, bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan rebung manakan dapat sagunya.


Petua Masak Nasi Agar
 Sedap Rasanya



Untuk itu, di kongsikan adalah petua orang lama, cara masak nasi yang sedap rasanya;

Langkah pertama.
  • Ambil beras dari bekas yang disediakan dengan menggunakan penyukat dan masukkan ke dalam periuk
Langkah kedua
  • Cuci beras berkenaan dengan air sebanyak dua atau tiga kali basuhan atau bilasan
Langkah ketiga
  • Gunakan tangan kanan untuk mengaul dan membersihkan beras berkenaan agar bersih daripada segala kekotoran. Ingat, pastikan tangan bersih sebelum membersihkan beras
Langkah keempat
  • Semasa mencuci beras dengan cara mengaul, pastikan gaulan mengikut arah lawan jam
Langkah kelima
  • Semasa mengaul, baca "laisa la ha min dunillahi khasifah" 
  • Ulang gaulan sebanyak tiga kali
Langkah keenem
  • Setelah selesai tiga kali basuhan atau gaulan, masukkan air bersih air yang ke empat dan sukat
  • Tahap sukatan kandungan air adalah sukat menggunakan  jari telunjuk,  tinggi atau jumlah air adalah sama dengan jumlah sukatan beras. Erti kata lain, sukat beras ketinggian beras dari dasar periuk, selepas itu sukat pula tinggi air dari dasar beras (kedua - duanya mesti sama tinggi)
Langkah ketujuh
  • Panaskan atau masakkan nasi menggunakan kaedah manual iaitu dapur gas atau teknologi elektrik
Langkah kelapan
  • Hidangkan di atas meja atau tempat yang disediakan dan, selamat menjamu selesa. Di ingatkan agar membaca doa sebelum menjama rezeki

Semoga ianya bermanfaat, dan jika yang bermanfaat, kongsikan kepada sahabat handai yang lain agar mereka juga menjadi pintar dan pandai memasak nasi.

Post a Comment

0 Comments