Kelebihan Beriadah

Kelebihan Beriadah

Beriadah merupakan satu perbuatan atau aktiviti yang dilakukan secara persendirian atau ramai di satu tempat yang menarik dan memberi keselesaan dan kepuasan.


Kelebihan Beriadah



Lazimnya, terdapat banyak kelebihan atau lebaikan di sebalik beriadah, antara daripadanya adalah berikut;
  • Memberi ketenangan fizikal dan mental
Beriadah di satu kawasan yang cantik atau sedap mata memandang, sudah pasti memberi ketenangan kepada fizikal dan mental. Dalam masa sama ia juga mampu meringakan serta mengatasi masalah tekanan yang mungkin di hadapi.
  • Mengeratkan ikatan ukhwah silaturrahim antara satu sama lain
Aktiviti beriadah, mampu memberi keutuhan ukhwah silaturrahim yang erat dan baik di antara satu sama lain, samaada riada itu dilakukan bersama sana keluarga atau sahabat handai. Dalam pada itu, secara tidak langsung ia juga mengeratkan ikatan harmoni di antara mereka yang lain khususnya yang berkunjung ke destinasi yang sama. Perbuatan kenal mengenali dapat di bentuk secara automatik dan seterunya membawa kepada keluarga yang baik.
  • Didikan secara tidak langsung kepada anak - anak
Tahu kah anda aktiviti beriada juga merupakan satu didikan secara tidak langsung kepada anak - anak. Didikan menerusi perbuatan ini yang mana membawa manfaat dan dalam masa sama di lihat oleh anak - anak dengan mata kasar, mampu memberi pengetahuan tambahan padanya bahawa perbuatan sedemikian mbawa manfaat. Oleh itu, ibu bapa harus lebihkan bijaksana dengan memgarahkan sesuatu arahan yang positif kepada anak - anak semasa berada di tempat beriadah. Hal ini kerana setiap tndak tanduk yang anak - anak lakukan menjadi tambahan ilmu dan ikutanya di masa mendatang.

Post a Comment

0 Comments