Panorama Masjid UMS

Panorama Masjid UMS

Masjid UMS merupakan salah satu masjid yang terletak di Negeri Borneo. Panorama Masjid ini sangat mempersona kerana cukup terkenal di pelusuk dunia, khususnya digemari oleh pelancong dari negara China dan Korea. 

Masjid ini dikenali atau digelar Masjid PINK yang mana keseluruhan bangunannya di warnakan dengan warna pink. Bukan itu sahaja, malahan dalaman masjid juga turut di hiasi dengan corak kalimah Al-Quran yang cantik.

Panorama Masjid UMS

Panorama Masjid UMS terletak di atas bukit dan jika di pandang dari jauh ianya sangat marik dan memukau. Persekitaranya dilengkapi dengan kemudahan tempat parking kenderaan yang luas, tandas awam dan ruangan berwuduk yang selesa.

Lazimnya Masjid ini mampu memuatkan ribuan jemaah dalam satu - satu masa. Pengunjung boleh mengunjunginya secara terbuka, namun, perlu mengikut sop atau arahan - arahan yang dikuatkuasakan oleh pihak pengursannya. 

Di bahagian sebelah Masjid juga disediakan perumahan untuk para petugas Masjid, dan juga sebelahnya adalah pejabat pentadbiran Masjid. Ianya sangat strategik agar suasana Masjid dapat di imarahkan sentiasa dan juga memudahkan aktiviti kawal selia.

Post a Comment

0 Comments