Aktiviti berjoging merupakan salah satu aktiviti senaman yang memberi kesihatan keseluruhan kepada anggota badan. Berjoging boleh di lakukan pada sebelah pagi atau petang di taman - taman rekreasi, halaman taman perumahan, padang atau di mana - mana sahaja kawasan lapan dan selamat.
Aktiviti berjoging boleh dilakukan secara bersendirian dan berkumpulan. Dalam masa sama, ia memberi banyak manfaat atau kelebihan, dan antaranya adalah seperti berikut:
- Kesihatan dan kekuatan anggota badan khususnya kaki, lutut dan paha
Berjoging memberi kesan yang baik dengan menguatkan stamina pada bahagian kaki, lutut dan paha. Hal ini kerana anggota berkenaan yang banyak memberi tumpuan pergerakan dan menampung badan.
- Pernafasan yang baik
Melakukan aktiviti senaman joging, ia mampu memberi pernafasan yang baik dan tahan lama. Hal ini kerana, apabila berlari, kawalan pernafasan yang laju dan seimbang dapat di rasai, dalam masa sama ia memberi kelancaran kepada degupan jantung yang sihat.
- Mengeratkan ikatan ukhwah yang sihat dan harmoni
Berjoging secara beramai - ramai dengan rakan taulan atau sanak keluarga mampu mengeratkan ikatan uhkwah dan silaturrahim di kalangan ahli. Ini kerana, gurau senda dapat di wujudkan dan dalam masa sama ia membentuk satu ikatan kekeluargaan yang ceria dan harmoni.
0 Comments