Doa merupakan salah satu senjata utama ummat islam dalam meminta sesuatu perkara yang di ingginkan daripada Allah SWT.
Umumnya, doa boleh di lafazkan dalam pelbagai bahasa, namun afdalnya adalah dalam bahasa arab. Ia juga boleh di baca pada bila - bila sahaja todak semestinya selepas menunaikan solat fardhu.
Doa harian mudah di faham dan amal merupakan salah satu doa yang diketahui dan seringkali di lafazkan. Dikongsikan adalah salah satu doa yang mudah untuk kegunaan bersama;
Bismillah hirrohmannirrohim.
Ya Allah ya tuhan kami, kami bermohon dan meminta kepadamu.
Ampunilah dosa - dosa kami, dosa - dosa kedua orang tua kami, samaada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Ya Allah.
Engkau permudahkanlah urusan dan rezeki kami. Kurniakanlah kami rezeki yang halal dan bersih. Engkau teruskanlah dan perbanyakkanlah rezeki hatian kami.
Ya Allah yang maha kuasa.
Engkau kurniakanlah kami kesihatan yang baik iaitu kesihatan anggota tubuh badan kami, roh nyawa kami, mental fizikal kami dengan sejahtera, agar kami dapat melakukan amal - amal kebaikan dengan cergas dan gembira.
Ya Rahman ya rahim.
Engkau permudahkan dan temukanlah jodoh kepada mereka -mereka yang belum bertemu pasangan. Temukanlah dan satukanlah mereka dengan pasangan yang baik - baik, dan perbanyakkanlah zuriat dan keturunan mereka yang baik - baik dari masa ke semasa.
Ya Allah limpahkanlah kehidupan dan kesejahteraan kepada kami semua, walau di mana sahaja agar kami sentiasa memgamalkan dalam diri sifat - sifat yang harmoni dan damai. Elakkanlah dan jauhilah kami dari segala sengketa, bala bencana yang mumudaratkan dan sia - sia.
Ya Allah, hanyalah kepadamu kami bermohon dan meminta. Kabulkanlah sentiasa doa kami dan terimalah sentiasa amalan kami. Aaminn ya rabbal alamin.
0 Comments