Bersosial adalah sangat perlu dalam kehidupan seharian. Sahabat yang dikenali haruslah di fahami akan tingkah lakunya bagi kebaikan dalam bersahabat.
Umumnya, sahabat yang baik pastinya akan memberi kesan kebaikan pada diri, berbanding sebaliknya. Berikut adalah beberapa aktiviti bermanfaat apabila bersahabat antaranya adalah berikut:
- Lakukan perniagaan secara bersama
Perniagaan secara perkongsian yang dilakukan dengan sahabat yang diyakini sangat baik. Hal ini kerana ia meringankan bebanan khususnya kepada kos dan pengendalian perniagaan.
- Beriadah atau bersukan
Aktiviti beriadah atau bersukan juga adalah salah satu aktiviti yang bermanfaat kerana bila dilakukan dengan sahabat - sahabat, secara tidak langsung ia mengutuhkan ukhwah dan ikatan silaturrahim yang harmoni.
- Berborak atau mesyuarat
Aktiviti yang bermanfaat bersama sahabat juga adalah dengan melakukan berborak atau mesyuarat. Perkara ini akan memberi kelebihan dari sudut pengurangan terhadap masalah tekanan atau kemurungan. Lakukan dan gunakan komunikasi yang sihat agar persahabatan lebih gembira.
0 Comments